Wednesday, April 1, 2009

HMT 329: PENGEMBARAAN KE GURNEY

Pada 22 Mac 2009, kami, pelajar HMT329 bersama-sama Dr. Radiah dan Cik Helina telah memulakan penggembaraan kami ke Gurney. Kami semua berkumpul di pondok yang berada di hadapan masjid USM. Pada masa itu, Dr Radiah telah memperkenalkan seorang guru Pusat Bahasa yang bernama Helina yang berasal dari Korea. Semasa di pondok itu, kebanyakan orang telah bertanya-tanya ‘bagaimana hendak ke Gurney? Jalan kaki atau bas USM’. Kami terfikir bahawa kami mungkin akan jalan kaki kerana kami semua pernah mengalami jalan kaki ke Queenbays semasa mengambil kursus Sosiolinguistik. (ha ha ha…). Sebenarnya Dr Radiah mengadakan penggembaraan ini bukan sahaja untuk berseronok tetapi untuk menjalankan tugasan kami. Dr. Radiah telah membahagikan kami semua kepada beberapa kumpulan dan ahli kumpulan kami terdiri daripada Toh Wui Haur, Saiful, dan Norazri.

Pada mulanya, kami semua telah menaiki bas ‘Milan’ ke Komtar. Selepas sampai di Komtar, kami semua terus menunggu untuk menaiki bas percuma untuk pergi ke Padang Kota. Pada masa itu, kami semua berharap dapat mengunjungi Kota Cornwallis tetapi malangnya pada hari itu, Kota Cornwallis tidak buka.

Sepanjang penggembaraan ini, kumpulan kami telah mendapati serba sedikit perkara yang berkaitan dengan linguistik. Salah satunya adalah perbezaan antara bas ‘Milan’ dan bas ‘Rapid’. Kumpulan kami dapati bahawa bas ‘Rapid’ lebih selesa berbanding bas ‘Milan’. Hal ini kerana bas ‘Rapid’ mempunyai hawa dingin. Namun, dari segi bilangan tempat duduk pula, bas ‘Milan’ mempunyai bilangan tempat duduk yang lebih banyak daripada bas ‘Rapid’.

Selain itu, ahli kumpulan kami juga telah mengenal pasti kesilapan penterjemahan pada papan perniagaan. Sebagai contoh, ‘Nasi Lemak dan Mee Goreng’ telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin sebagai 椰浆饭及印度炒面 ‘ye jiang fan ji yin du chao mian’. Didapati dalam bahasa Mandarin, kami dapati wujud perkataan ‘印度’ (India) selepas diterjemahkan tetapi dalam bahasa Melayu tidak wujud perkataan tersebut. Tambahan pula, kami juga dapat mengenal pasti wujud kesilapan penggunaan sesuatu perkataan. Yang dimaksudkan ialah penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu. Misalnya, ‘Kawalan Sprinkler Injap Dan Pam’ (gambar1) dan juga Kedai Pajak yang memajak surat pajak, emas, dan Handphone. Sprinkler dan Handphone merupakan bahasa Inggeris tetapi digunakan dalam ayat bahasa Melayu.


GAMBAR 1


Di samping itu, kesilapan penggunaan preposisi di dan imbuhan awalan di- juga wujud dalam segelintir papan tanda. Preposisi di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat (Nik Safiah Karim. Tatabahasa Dewan. 2004:252). Kata sendi ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti di rumah, di belakang dan di kalangan guru. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2004: 168) lagi, awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja ayat pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Namun, dalam sesetengah papan tanda telah menggunakan kedua-dua preposisi di dan awalan di- dengan silap. Sebagai contoh gambar 2 dan 3.


GAMBAR 2


GAMBAR 3
Dari segi aspek hormat pula, kebanyakan kedai di Gurney, kami dapati penjual-penjual di kebanyakan kedai tidak menggunakan kata sapaan atau bentuk panggilan semasa melayani tetamu. Kata sapaan yang dimaksudkan adalah seperti Puan, Tuan, Cik, Miss, Mr. dan sebagainya. Mereka akan biasanya akan terus melayani tetamu mereka. Namun tidak semua kedai di Gurney sebegitu, terdapat sebilangan kedai yang menggunakan aspek hormat semasa melayani hormat. Misalnya, semasa kami melalui kedai Susgi King, pelayan di sana akan mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Tinggal dalam bahasa Jepun. Hal ini dapat mewujudkan suasana yang mesra.

Kami juga telah mengenal pasti bahasa yang telah digunakan oleh penjual semasa melayani pelanggannya. Semasa saya (Wui Haur), Siew Foong, Siet Li dan Hui Ying pergi ke gerai cermin mata, penjual itu terus menggunakan dialek Hokkien dengan kami manakala semasa Saiful dan Azri pergi ke kedai itu, penjual itu telah menggunakan bahasa Melayu semasa bercakap dengan mereka. Hal ini mungkin disebabkan kebanyakan orang Pinang mahir dalam dialek Hokkien. Jadi secara automatis, penjual tersebut akan terus menggunakan dialek Hokkien semasa melayani kami.

Selain daripada itu, kumpulan kami juga mendapati terdapat sesetengah perkara yang telah menggunakan simbol dan singkatan untuk mewakili sesuatu. Sebagai contoh, tandas-tandas di Gurney telah menggunakan lambang lelaki dan perempuan untuk membezakan kedua-dua tandas itu. Hal ini mungkin sesuai kerana ada sesetengah yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris dan terpaksa melihat simbol tersebut. Dalam segi penggunaan singkatan pula, kami dapati wujudnya penggunaan singkatan dalam papan tanda. Sebagai contoh, SMK (L) Methodist. Singkatan ‘L’ ini telah melambangkan bahawa itu merupakan sekolah lelaki. Namun apabila diterjemahkan dalam bahasa Inggeris iaitu ‘Methodist Boy’s School’, tiadanya wujudnya penggunaan singkatan tetapi telah menggunakan perkataan ‘boy’ untuk menggantikan singkatan ‘L’.

Sebenarnya, sepanjang penggembaraan ini, kami memang memperoleh pelbagai manfaat. Selain dapat merapatkan hubungan kami semua, kami juga dapat menunjukkan semangat kerjasama dan berpasukan kami. Di sini, ahli kumpulan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada ibu bapa kami, pensyarah-pensyarah USM, guru-guru sekolah menengah mahupun sekolah rendah dan kawan-kawan kami yang telah membantu kami dalam mengatasi sebarang dugaan yang dihadapai sejak kecil lagi hinggalah sekarang. Tanpa kamu semua, memang perjalanan kami ke hari ini memang sukar. Dengan tulus ikhlas, kami ucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua orang yang kami hormati dan sayangi. Terima kasih.








Mohd. Saiful Bahri B. Mohd Shah (13)
Norazri B. Ismail (14)
Toh Wui Haur (27)

Wednesday, February 4, 2009

HMT329: Perbandingan Konsep Milik/Kepunyaan

PENDAHULUAN
Tugasan ini akan membincangkan perbandingan konsep milik atau punya yang terdapat dalam sesuatu dialek. Dialek yang akan kami kaji ialah Dialek Hokkien, Mandarin dan Dialek Melayu Utara. Dalam tugasan ini, kami akan menggunakan konsep milik dalam kajian kami. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘milik’ bermaksud kepunyaan atau hak.
Tujuan tugasan ini adalah untuk memperlihatkan perbezaan antara dialek-dialek yang menjadi sampel kajian kami.




Berdasarkan data yang diperoleh, kita dapati bahawa penggunaan perkataan ‘de’ dalam bahasa Mandarin telah membawa maksud konsep milik. Sebagai contoh, dalam ayat ‘Na ke tian nao shi wo de’, penggunaan ‘de’ telah membawa maksud milik. Sementara itu, dalam dialek Hokkien juga memperlihatkan keadaan yang sama iaitu penggunaan perkata ‘ei’ bermaksud konsep milik. Misalnya, dalam ayat ‘Ji le tian nao shi wo ei’, kata ‘ei’ telah membawa erti milik juga. Selanjutnya, dalam dialek Melayu Utara, kata ganti nama diri digunakan untuk menunjukkan konsep kepunyaan atau milik. Contohnya, dalam ayat ‘Ni komputer aku’, penggunaan kata ganti nama diri perlu digunakan untuk merujuk kepada konsep milik. (Rujuk Jadual 1).

Konsep milik juga boleh dilihat dalam nama seseorang. Dalam dialek Melayu Utara, konsep milik juga boleh dilihat dalam nama sampel kajian iaitu ‘Mohd Saiful Bahri Bin Mohd Shah’. Konsep milik ini dilihat dalam perkataan “bin” yang bermaksud anak lelaki dalam bahasa Arab. Hal ini demikian ‘Mohd Saiful Bahri’ merupakan anak lelaki kepada ‘Mohd Shah’. Walau bagaimanapun, dalam keluarga berbahasa Cina pula, nama keluarga tidak dapat merujuk kepada anak kepada seseorang. Misalnya, nama keluarga saya ‘Toh’ tidak semestinya merujuk kepada ahli keluarga saya sahaja kerana terdapat banyak keluarga yang lain yang turut mempunyai nama keluarganya ‘Toh’.

Selain itu, kami juga dapati struktur ayat dalam ketiga-tiga dialek yang menjadi sampel kajian menunjukkan perbezaan. Hal ini demikian dalam bahasa Mandarian dan dialek Hokkien, unsur menerang mendahului unsur yang diterang, misalnya “ni de pig” dalam bahasa Mandarin dan “ru ei pig” dalam dialek Hokkien. Sementara itu, dalam dialek Melayu Utara menunjukkan hukum DM seperti dalam bahasa Melayu Baku. Hukum DM ini ialah unsur diterangkan mendahului unsur yang menerang, contohnya “Pensel hang”. (Rujuk Jadual 1)

Di samping itu, melalui data yang kita peroleh, terdapat perbezaan dalam mengungkap konsep milik iaitu dari segi keakraban. Dalam dialek Melayu Utara, tahap keakraban yang tinggi untuk mengungkapkan konsep milik dapat dilihat dalam kata ganti nama diri seperti aku, hang, hangpa, dan kita. Sementara itu, tahap keakraban yang rendah pula diwakili oleh kata ganti nama diri seperti saya, kamu, dan awak. Dalam dialek Hokkien dan bahasa Mandarin pula, ungkapan kata ganti nama diri untuk mengungkapkan konsep milik tidak mengalami perubahan. Hal ini kerana biasanya dalam budaya Cina tidak akan membezakan penggunaan kata ganti nama diri untuk mengungkapkan konsep milik berdasarkan tahap keakraban. Ungkapan yang sama tetap digunakan tanpa mengira tahap keakraban.

Dalam aspek situasi pula, kita juga dapati terdapat perbezaan yang ketara dalam mengungkapkan konsep milik terutamanya dalam dialek Melayu Utara. Situasi yang dimaksudkan adalah situasi formal dan tidak formal. Dalam dialek Melayu Utara, penggunaan kata ganti nama diri yang sopan seperti saya, kamu, dan dia akan digunakan untuk mengungkap konsep milik dalam situasi yang formal manakala dalam situasi yang tidak formal pula, kata ganti nama diri yang kurang sopan seperti hang, hangpa, dan aku digunakan untuk mengungkapkan konsep milik. Dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien pula, tiada perbezaan penggunaan kata ganti nama diri sama ada di situasi formal ataupun kurang formal. Penggunaan kata ganti nama diri untuk mengungkapkan konsep milik tetap sama.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan analisis data, didapati bahawa dalam bahasa Mandarin dan Dialek Hokkien, konsep milik dilambangkan oleh suatu perkataan iaitu ‘de’ dan ‘ei’ manakala dalam dialek Melayu Utara masih menggunakan kata ganti nama diri untuk menunjukkan konsep milik. Selain itu, didapati bahasa Mandarin dan dialek Hokkien mempunyai struktur ayat yang berbeza berbanding dialek Melayu Utara. Hal ini demikian bahasa Melayu Utara adalah mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu Baku dari segi struktur ayat.

BIBLIOGRAFI
Rujukan hidup
Mohd Saiful Bahri Bin Mohd Shah
Toh Wui Haur

Laman Web
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. (Capaian 06/02/2009)