Wednesday, February 4, 2009

HMT329: Perbandingan Konsep Milik/Kepunyaan

PENDAHULUAN
Tugasan ini akan membincangkan perbandingan konsep milik atau punya yang terdapat dalam sesuatu dialek. Dialek yang akan kami kaji ialah Dialek Hokkien, Mandarin dan Dialek Melayu Utara. Dalam tugasan ini, kami akan menggunakan konsep milik dalam kajian kami. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘milik’ bermaksud kepunyaan atau hak.
Tujuan tugasan ini adalah untuk memperlihatkan perbezaan antara dialek-dialek yang menjadi sampel kajian kami.




Berdasarkan data yang diperoleh, kita dapati bahawa penggunaan perkataan ‘de’ dalam bahasa Mandarin telah membawa maksud konsep milik. Sebagai contoh, dalam ayat ‘Na ke tian nao shi wo de’, penggunaan ‘de’ telah membawa maksud milik. Sementara itu, dalam dialek Hokkien juga memperlihatkan keadaan yang sama iaitu penggunaan perkata ‘ei’ bermaksud konsep milik. Misalnya, dalam ayat ‘Ji le tian nao shi wo ei’, kata ‘ei’ telah membawa erti milik juga. Selanjutnya, dalam dialek Melayu Utara, kata ganti nama diri digunakan untuk menunjukkan konsep kepunyaan atau milik. Contohnya, dalam ayat ‘Ni komputer aku’, penggunaan kata ganti nama diri perlu digunakan untuk merujuk kepada konsep milik. (Rujuk Jadual 1).

Konsep milik juga boleh dilihat dalam nama seseorang. Dalam dialek Melayu Utara, konsep milik juga boleh dilihat dalam nama sampel kajian iaitu ‘Mohd Saiful Bahri Bin Mohd Shah’. Konsep milik ini dilihat dalam perkataan “bin” yang bermaksud anak lelaki dalam bahasa Arab. Hal ini demikian ‘Mohd Saiful Bahri’ merupakan anak lelaki kepada ‘Mohd Shah’. Walau bagaimanapun, dalam keluarga berbahasa Cina pula, nama keluarga tidak dapat merujuk kepada anak kepada seseorang. Misalnya, nama keluarga saya ‘Toh’ tidak semestinya merujuk kepada ahli keluarga saya sahaja kerana terdapat banyak keluarga yang lain yang turut mempunyai nama keluarganya ‘Toh’.

Selain itu, kami juga dapati struktur ayat dalam ketiga-tiga dialek yang menjadi sampel kajian menunjukkan perbezaan. Hal ini demikian dalam bahasa Mandarian dan dialek Hokkien, unsur menerang mendahului unsur yang diterang, misalnya “ni de pig” dalam bahasa Mandarin dan “ru ei pig” dalam dialek Hokkien. Sementara itu, dalam dialek Melayu Utara menunjukkan hukum DM seperti dalam bahasa Melayu Baku. Hukum DM ini ialah unsur diterangkan mendahului unsur yang menerang, contohnya “Pensel hang”. (Rujuk Jadual 1)

Di samping itu, melalui data yang kita peroleh, terdapat perbezaan dalam mengungkap konsep milik iaitu dari segi keakraban. Dalam dialek Melayu Utara, tahap keakraban yang tinggi untuk mengungkapkan konsep milik dapat dilihat dalam kata ganti nama diri seperti aku, hang, hangpa, dan kita. Sementara itu, tahap keakraban yang rendah pula diwakili oleh kata ganti nama diri seperti saya, kamu, dan awak. Dalam dialek Hokkien dan bahasa Mandarin pula, ungkapan kata ganti nama diri untuk mengungkapkan konsep milik tidak mengalami perubahan. Hal ini kerana biasanya dalam budaya Cina tidak akan membezakan penggunaan kata ganti nama diri untuk mengungkapkan konsep milik berdasarkan tahap keakraban. Ungkapan yang sama tetap digunakan tanpa mengira tahap keakraban.

Dalam aspek situasi pula, kita juga dapati terdapat perbezaan yang ketara dalam mengungkapkan konsep milik terutamanya dalam dialek Melayu Utara. Situasi yang dimaksudkan adalah situasi formal dan tidak formal. Dalam dialek Melayu Utara, penggunaan kata ganti nama diri yang sopan seperti saya, kamu, dan dia akan digunakan untuk mengungkap konsep milik dalam situasi yang formal manakala dalam situasi yang tidak formal pula, kata ganti nama diri yang kurang sopan seperti hang, hangpa, dan aku digunakan untuk mengungkapkan konsep milik. Dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien pula, tiada perbezaan penggunaan kata ganti nama diri sama ada di situasi formal ataupun kurang formal. Penggunaan kata ganti nama diri untuk mengungkapkan konsep milik tetap sama.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan analisis data, didapati bahawa dalam bahasa Mandarin dan Dialek Hokkien, konsep milik dilambangkan oleh suatu perkataan iaitu ‘de’ dan ‘ei’ manakala dalam dialek Melayu Utara masih menggunakan kata ganti nama diri untuk menunjukkan konsep milik. Selain itu, didapati bahasa Mandarin dan dialek Hokkien mempunyai struktur ayat yang berbeza berbanding dialek Melayu Utara. Hal ini demikian bahasa Melayu Utara adalah mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu Baku dari segi struktur ayat.

BIBLIOGRAFI
Rujukan hidup
Mohd Saiful Bahri Bin Mohd Shah
Toh Wui Haur

Laman Web
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. (Capaian 06/02/2009)

Monday, February 2, 2009

ANALISIS KONSTRATIF “LAGU UNTUKMU”

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

sumber: http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557



ANALISIS KONSTRATIF “LAGU UNTUKMU”
Pada pandangan saya, “lagu untukmu” nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussein memaparkan luahan perasaan seseorang yang ingin kebebasan dalam hidupnya. Hal ini demikian penggunaan kata leksikal-leksikal yang mengambarkan perasaan mahu kebebasan dalamhidup.Misalnya,”Bebaskan bebaskan Kunci dilepaskanKita tidak sehaluan”. Di samping itu, kebebasan yang dimahukan dalam sarikata lagu ini merupakan daripada sikap yang tidak mahu dikuasai oleh orang lain. Hal ini dapat dilihat dalam contoh “Apakah aku Hanya boneka yang sering engkau mainkan Yang dikawal oleh jari-jarimu Kupunya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan Cukup cukup oh cukuplah”. Seterusnya sarikata lagu ini juga mengambarkan perasaan kesedihan seseorang apabila kebebasan yang diinginkan tidak dapat dicapai dalam kehidupannya, misalnya “Tiada bintang Dapat menerangkan hati yang telah dicelah Bagai kulumpuh tak mampu berdiri Aku tetap begini Takkan berubah kerna aku tetap aku”. Sekiranya, kebebasan ini diberi dan diterima maka kebebasan ini telah mendatangkan kegembiraan dan dugaan dan masalah yang dihadapi pun berakhirlah.