Monday, January 12, 2009

Dialek Pulau Pinang (Utara)<>Bahasa Melayu Standard

1. qeja tu hang dah buat ka belum?
awak sudah buat ke kerja itu?
2. aku nak pi makan kat Subaidah nak join dak?
adakah awak hendak menemani saya makan di Subaidah?
3.aku sakit perut,aku tak leh pi.
saya tidak dapat pergi kerana sakit perut.
4.makan kat si tu best ka?
adakah makanan di situ enak?
5.buku tu hang dapat tang mana?
di manakah awak dapat buku itu?
6.aku nak pi Pulau Toman sabtu ni.
saya hendak ke Pulau Tioman Sabtu ini.
7. hang nak pi sana nek pa?
bagaimanakah awak hendak ke sana?
8. kita kena pi jumpa doktor hari ni jugak.
pada hari ini kita akan berjumpa doktor.
9.haqi Sabtu ni kita cuti, hang tak balik kampung ka?
adakah awak tidak pulang ke kampung hari Sabtu ini?
10.Qumah kat situ tinggi-tinggi sangat.
rumah yang terdapat di situ sangat tinggi.

No comments: